Saturday, November 7, 2009

Rayuan Yuran Bulanan Surau Al-Muhajirin

MUSLIMIN / MUSLIMAT SAUJANA UTAMA 3

Assalamualaikum w.b.t.

YURAN BULANAN / SUMBANGAN SURAU AL-MUHAJIRIN, SU3

Dengan segala hormatnya, perkara di atas adalah dirujuk

Satu mesyuarat Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin Sesi 2009/2010 telah diadakan pada 9hb Mei 2009, bagi membincangkan hal ehwal yang berkaitan.

Ahli mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju agar setiap rumah (muslim sahaja) di Saujana Utama 3, menghulurkan yuran sebanyak RM10.00 SEBULAN bagi tujuan pengurusan dan pembangunan surau.

Berikut adalah, anggaran perbelanjaan Surau Al-Muhajirin untuk sebulan iaitu RM1,500.00

a)Sewa surau sementara RM 400.00
b)Bil elektrik dan air RM 50.00
c)Penceramah jemputan RM 150.00
d)Kelas agama mingguan RM 250.00
e)Keperluan dapur dan Jamuan RM 200.00
f)Peralatan/kemudahan surau RM 300.00
g)Perbelanjaan luar jangka RM 150.00


Justeru itu, Ahli Jawatankuasa surau amat memerlukan sumbangan tetap tuan/puan bagi menampung perbelanjaan berkenaan. Bagi penduduk di kawasan Jalan Persiaran Saujana dan Jalan Selasih, kutipan telah bermula sejak 1hb Ogos 2008, manakala penduduk di kawasan Jalan Teratai, kutipan bulanan berkuatkuasa mulai 1hb Ogos 2009.

Sila serahkan yuran bulanan tuan/puan kepada Ketua Blok Surau masing-masing yang telah dilantik

Sekian. Terima kasih.

Yang benar


Pengerusi Surau Al-Muhajirin, SU3

Solat Aidul Fitri pada 20 September 2009



Program Memasak Bubur Lambuk pada 6 September 2009