Wednesday, December 30, 2009

Kuliah Maghrib - 27/12/2009

Penceramah : UST. MOHD AYOB BIN WARI
Pengkhususan : Kuliah Maghrib (Tafsir)
Tajuk Perbincangan : Hukum Hijab dan Pandangan
Rujukan : Kitab Ayat Ahkam (Dr. Ali As-Sabouni)

Intipati kuliah :
Kali ini, ustaz Ayob membincangkan tentang surah An-Nur ayat 30-31 berkenaan Hukum Hijab dan Pandangan.

Petikan maksud ayat ke-30;

Katakan kepada orang lelaki yang beriman supaya mereka menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram). Demikian itu lebih suci (lebih baik) bagi mereka, sesungguhnya Allah Amat Mendalam Pengetahuan-Nya tentang apa yang mereka kerjakan (melalui penglihatan dan kemaluan mereka)

Petikan maksud ayat ke-31;

Dan katakanlah kepada wanita-wanita yang beriman supaya menahan pandangan mereka dan memelihara kehormatan mereka (daripada perkara yang haram) dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya (wajah dan kedua tapak tangan) dan hendaklah mereka menutup bahagian baju yang terbuka dibahagian dada dan lainnya dengan tudung kepala mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada
(1) suami mereka, atau
(2) bapa mereka, atau
(3) bapa mertua mereka, atau
(4) anak-anak mereka, atau
(5) anak-anak suami (anak tiri) mereka, atau
(6) saudara-saudara mereka (abang atau adik lelaki), atau
(7) anak abang atau anak adik yang lelaki (anak saudara sebelah saudara lelaki), atau
(8) anak kakak atau anak adik perempuan (anak saudara sebelah saudara perempuan), atau
(9) perempuan-perempuan muslimah (islam), atau
(10) hamba-hamba mereka yang mereka miliki, atau
(11) pelayan-pelayan lelaki yang tidak berkeinginan kepada perempuan, atau
(12) kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan
dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi daripada perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekelaian kepada Allah wahai orang-orang beriman, agar kamu berjaya

Thursday, December 24, 2009

Ceramah Perdana Maal Hijrah 1431 - 20/12/09

Surau Al-Muhajirin telah menganjurkan Ceramah Perdana Maal Hijrah 1431. Ceramah ini telah disampaikan oleh Ustaz Dr. Shaifudin bin Mat Rasit dengan tajuk Hijrah Dalam Pembentukan Aqidah.





Wednesday, December 16, 2009

Ceramah : Pegangan Ahli Sunnah Waljamaah - 15/12/09

Tajuk : PEGANGAN AHLI SUNNAH WALJAMAAH

Penceramah Jemputan : Ustaz Hj. Mahfuz Bin Muhammad

Biodata : Ustaz Hj. Mahfuz Bin Muhammad @ Hj. Khalil dilahirkan di Kampung Batu 6, Bukit Naga, Kelang, Selangor Darul Ehsan. Mendapat pendidikan awal dari pondok ayahandanya "Ribat al-Fuad" yang mana ayahandanya juga merupakan mudir Maahad Hisyamuddin Sg. Bertih, Kelang, Selangor. Ustaz Mahfuz juga merupakan anak didik dari pondok Madrasah Manabi'ul Ulum, Kubang Ulu, Penanti Seberang Prai pada tahun 80an. Beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Pertama Di Universiti Al-Azhar, Kaherah dalam bahasa Arab dari tahun 1990-1997. Pada tahun 2000 beliau berhijrah ke Sudan dan kembali semula ke Mesir dengan mengikuti kursus Diploma Fatwa Di Dar al-Ifta', Mesir sehingga memperolehi Diploma Fatwa pada tahun 2001. Kini beliau bergiat dengan kerja dakwah dalam menegakkan pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah yang sebenar.

Intipati Ceramah : Ustaz Mahfuz mengingatkan kepada muslimin dan muslimat terutama kepada golongan muda supaya sentiada berpegang teguh dengan fahaman Sunnah Wal Jamaah dan Imam Syafie. Sentiasa berwaspada dengan fahaman-fahaman lain terutama fahaman Wahhabi yang kini telah merebak seluruh dunia terutamanya di Malaysia.

Menurut ustaz, Wahhabi adalah fahaman yang dibawa oleh Muhammad bin Abdul Wahhab, yang membawa fahaman bahawa "Semua perkara-perkara yang tidak dilaksanakan oleh Rasullullah S.A.W adalah Bid'ah, dan setiap Bid'ah itu adalah sesat". Antara contoh perkara dianggap bid'ah adalah, 'Lafaz Usolli dalam solat', 'baca bismillah secara kuat', 'baca selawat', mengusap muka selepas solat', 'berwirit', 'baca doa selepas solat', 'baca yasin malam jumaat', 'bertahlil', 'kenduri arwah'. Malah berpegang kepada 4 ulama' yang muktabar adalah bid'ah.



Monday, December 14, 2009

Hidangan Sup Tulang pada 28 November 2009



Aktiviti Korban pada 27 & 28 November 2009

Majlis korban anjuran Surau Al-Muhajirin telah diadakan pada 27 & 28 November 2009. Sebanyak 3 ekor lembu dikorbankan pada hari jumaat (27/11/09) manakala 2 ekor lembu, pada hari sabtu (28/11/09). Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin mengucapkan ribuan terima kasih kepada penduduk-penduduk Saujana Utama 3 yang bergotong-royong menyempurnakan ibadat korban kali ini.





Sunday, December 13, 2009

Laporan Kewangan Tabung Khas Ihya' Ramadhan 1430

Dengan segala hormatnya, berikut dikemukakan Laporan Kewangan bagi Tabung Khas Ihya' Ramadhan 1430 setakat 12 Disember 2009

PENDAPATAN................... RM 4,008.00
PERBELANJAAN................ RM 3,638.80

BAKI SEMASA .................. RM 369.20

Yang benar

BENDAHARI