Wednesday, August 11, 2010

Malam Pertama Solat Tarawih - 10 Ogos 2010





Sekitar Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 1431H





Aktiviti gotong-royong membersihkan surau telah diadakan pada 8 Ogos 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan luar dan dalam surau, membaiki peralatan elektrik yang rosak, membersihkan sejadah, mendirikan khemah. AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Kariah yang terlibat.

Wednesday, August 4, 2010

Jualan Amal Kurma Tunisia

Semperna Menjelang Bulan Ramadhan 1431, Surau Al-Muhajirin menganjurkan Jualan Amal Kurma. Tahun ini pihak surau memperkenalkan KURMA TUNISIA BERTANGKAI DEGLET NOUR, dan dijual RM15.00 sekotak. Hasil keuntungan jualan akan disalurkan terus ke Tabung Surau Al-Muhajirin.

Ahli kariah bolehlah mendapatkan terus kurma berkenaan daripada En. Abdul Rahmat Slamat (45/S3) 013-3529270 dan En. Suazlan (33/T3) 013-5210109.

Jualan ini dibuka mulai sekarang sehingga penghabisan stok.

MEMBELI SAMBIL BERAMAL
MUDAH-MUDAHAN MENDAPAT KEBERKATAN DI DUNIA DAN AKHIRAT

Monday, August 2, 2010

Surau Al-Muhajirin Masa Depan


Ceramah Isra' Mikraj - 1 Ogos 2010




Surau Al-Muhajirin telah menganjurkan Ceramah Umum Isra' Mikraj pada 1 Ogos 2010, selepas solat Isya'. Jemputan penceramah kali ini ialah Ustaz Sihabuddin Muhaemin, manakala tajuk yang diperbincangkan ialah "Seksaan Meninggalkan Solat".

Ustaz Sihabuddin banyak diperbincangkan hal-hal kesempurnaan solat dan persediaan kita menyambut Bulan Ramadhan yang tidak lama lagi.

Alhamdulillah, program ini berjaya dan mendapat sambutan daripada kariah SU3. Diakhir program, ahli kariah dihidangkan dengan bubur kacang perasa durian, kuih muih dan nasi impit. Mudah-mudahan kehadiran para kariah mendapat kerahmatan daripada Allah S.W.T.