Saturday, December 4, 2010

PROGRAM MAAL HIJRAH 1432H


Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin mengucapkan Selamat Menyambut Maal Hijrah 1432H kepada semua muslimin muslimat terutama kepada ahli kariah Surau Al-Muhajirin, Saujana Utama 3.

Susulan itu, program yang disusun oleh pihak pengurusan surau adalah seperti berikut;

TARIKH : 6 DISEMBER 2010

6:55 Petang : Bacaan Doa Akhir Tahun 1431H
7:02 Malam : Azan Maghrib dan Bacaan Doa Awal Tahun 1432H
7:15 Malam : Solat Maghrib Berjemaah

TARIKH : 7 DISEMBER 2010

7:15 Malam : Solat Maghrib Berjemaah
7:40 Malam : Ceramah Umum Maal Hijrah, oleh penceramah jemputan, Ustaz Rosli bin Ibrahim
Tajuk : HIJRAH.... SIRAH YANG KIAN TERPINGGIR

Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Surat Penyerahan Tapak Surau SU3




Surat Rasmi Penyerahan Tapak Surau oleh pihak Glomac kepada Jabatan Agama Islam Selangor


Lokasi Tapak Surau 1 (Persimpangan Jalan Persiaran Saujana 6 dan Jalan Selasih 3)


Lokasi Tapak Surau 2 (Jalan Persiaran Saujana 6, berhampiran dengan Stesyen Minyak Shell)

Sunday, November 14, 2010

Program Eidul Adha 1431H


Untuk makluman semua, Surau Al-Muhajirin akan mengadakan Solat Sunat Eidul Adha 1431H pada 17  November 2010 jam 8.15 pagi. Aktiviti penyembelihan lembu Korban/Aqiqah pula akan dimulakan sekitar jam 9.00 pagi. Kali ini, pihak surau telah mendapat senarai penuh peserta-peserta korban dan aqiqah dengan 6 ekor lembu akan dikorbankan. 

Pihak pengurusan akan memastikan bahawa kesemua lembu korban ini dapat disempurnakan pada hari yang sama. Oleh itu, setiap peserta dan warga Saujana Utama 3 diseru bersama-sama, bergotong-royong melaksanakan ibadah ini.

Penyediaan 'DATARAN KORBAN'





KAWASAN TAPAK 'DATARAN KORBAN' SEBELUM DIBERSIHKAN




KAWASAN TAPAK 'DATARAN KORBAN' SELEPAS DIBERSIHKAN

Ceramah Umum 13 Nov 2010



Ceramah Umum kali ini disampaikan oleh Ustaz Hisyamuddin bin Abdul Aziz selepas solat Maghrib. Tajuk pilihan ialah ANTARA PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG

Pembinaan Stor Sementara

Stor sementara surau kini dalam proses pembinaan. Ia akan menempatkan 2 set khemah termasuk kerusi dan meja. Sumbangan ahli kariah masih terbuka bagi melengkapkan lain-lain keperluan.

Wednesday, November 3, 2010

Lawatan Pegawai JAIS ke Tapak Surau

Satu lawatan tapak projek pembangunan surau Saujana Utama 3 telah diadakan pada 3 November 2010, jam 10.30 pagi. Lokasi tapak projek yang dikunjungi ialah di lot P.T. 19293, seluas 0.28 ekar (1,131 meter persegi) di persimbangan Jalan Persiaran Saujana 6 dan Jalan Selasih 3.

Lawatan ini dihadiri oleh En. Nizam (Unit Pembangunan JAIS), En. Abdul Rahman Slamat (Pengurus Projek), En. Rosrizalman (Bendahari), En.Aji Shukri (AJK) dan En. Sofi (AJK). Pihak JAIS berpuashati dengan keadaan tapak dan akan mengemukakan laporan dan sokongan dengan seberapa segera.

Pihak JAIS juga dibawa melawat ke satu lagi kawasan tapak surau kedua di lot P.T.20453 dengan keluasan 0.30 Ekar (1,214 meter persegi) yang terletak di Jalan Persiaran Saujana 6, berhampiran dengan kawasan Jalan Bidara dan stesen minyak Shell. Buat masa ini, pihak Surau Al-Muhajirin masih belum membuat perancangan pembangunan untuk tanah berkenaan.

Lawatan susulan pula ialah meninjau kawasan tanah lapang bersebelahan Masjid Saujana Utama untuk pembangunan akan datang  Lawatan berakhir jam 11.30 pagi. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Muhajirin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak JAIS. 

SUMBANGAN TETAP


Ahli mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju meneruskan sistem kutipan yuran bulanan Surau Al-Muhajirin agar setiap rumah (muslim sahaja) di Saujana Utama 3, menghulurkan yuran sebanyak RM10.00 SEBULAN bagi tujuan pengurusan dan pembangunan surau.

Pihak Jawatankuasa Surau juga sedang berusaha mendapatkan dana awalan bagi Pra-Pembinaan Surau yang kekal.

Justeru itu, Ahli Jawatankuasa surau amat memerlukan sumbangan tetap tuan/puan bagi menampung perbelanjaan berkenaan. Kutipan Yuran bulanan sesi 2010/2011 akan bermula 01 November 2010.

Sila serahkan yuran bulanan tuan/puan kepada Ejen Kutipan Surau yang dilantik iaitu Saudara Azman Hashim (No 7, Jalan Selasih 3).

Monday, October 18, 2010

Perancangan Pembangunan Surau Kekal

AJK Surau kini dalam proses membentuk Jawatan Kuasa Pembinaan Surau Kekal. Begitu juga Unit Teknikal seperti Perancang Bandar, Arkitek, Jurutera Awam & Sivil, Jurutera Mekanikal & Elektrikal dan Juruukur Bahan. Insyaalah, sedikit masa lagi, Pelan Kelulusan Merancang akan dikemukakan kepada pihak Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS)

Tabung Pembinaan Surau Kekal kini dibuka kepada umum. Sila hubungi pihak bendahari, Sdr Rizalman 019 2155538 untuk serahan sumbangan.

Pihak surau juga dalam proses untuk memohon kepada pihak LHDN, agar derma/sumbangan tuan/puan dapat diberikan rebet Cukai Pendapatan.

Persediaan Ibadah Korban 1431H

Surau Al-Muhajirin masih membuka kaunter pendaftaran peserta-peserta Ibadah Korban bagi tahun ini. Harga 1 bahagian lembu ialah RM380.00. Pihak AJK surau akan mengemaskini maklumat ini dari masa ke semasa. Sila rujuk 'White Board' surau untuk informasi terkini. Sebarang pertanyaan, sila hubungi Tn Hj Rusmin 019 2083849

Wednesday, September 29, 2010

Menerima Zakat Perniagaan


Ahli Jawatankuasa Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak KOPERASI KOSWIP MALAYSIA BERHAD, kerana memilih Surau Al-Muhajirin SU3 sebagai penerima Zakat Perniagaan pihak Koperasi. Sumbangan sebanyak RM700.00 berupa cek telah diterima oleh pihak bendahari surau.

Monday, September 20, 2010

SALAM AIDIL FITRI


SELURUH AHLI JAWATANKUASA SURAU AL- MUHAJIRIN MENGUCAPKAN SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI. MAAF ZAHIR DAN BATIN. MUDAHAN-MUDAHAN AMALAN BAIK KITA SEPANJANG DI BULAN RAMADHAN LEPAS, DI TERIMA-NYA. AMIN.

Wednesday, August 11, 2010

Malam Pertama Solat Tarawih - 10 Ogos 2010





Sekitar Persiapan Menyambut Bulan Ramadhan 1431H





Aktiviti gotong-royong membersihkan surau telah diadakan pada 8 Ogos 2010. Antara aktiviti yang dijalankan ialah membersihkan kawasan luar dan dalam surau, membaiki peralatan elektrik yang rosak, membersihkan sejadah, mendirikan khemah. AJK Surau mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ahli Kariah yang terlibat.