Sunday, March 7, 2010

PEMBELIAN KHEMAH

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin memaklumkan bahawa pihak surau telah membeli sebuah khemah terpakai dengan harga RM650.

Dana pembelian khemah adalah hasil sumbangan orang ramai selepas solat jumaat 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H (Maulidur Rasul) di Masjid Saujana Utama. Tujuan pembelian khemah ini adalah untuk kegunaan aktiviti surau.

Susulan itu, pihak surau masih memohon sumbangan orang ramai bagi melengkapkan keperluan khemah ini seperti kerusi, meja, kipas dan lampu. Sumbangan tuan-puan bolehlah disalurkan terus ke tabung surau yang telah disediakan.

Tuesday, March 2, 2010

FORUM MAULIDUR RASUL - 28/02/2010

Forum Maulidur Rasul S.A.W yang telah diadakan ini merupakan program julung-julung kali dianjurkan oleh pihak AJK Surau Al-Almuhajirin, Su3. Jemputan khas penceramah ialah Ustaz Halim Din (dari Pusat Zakat Selangor) dan Ustaz Nazmie (Penceramah Bebas). Manakala moderator forum ialah Ustaz Fauzan Mazlan. Tajuk forum yang dibincangkan ialah Mencintai Rasulullah S.A.W.

Alhamdulillah, program penuh keilmuan ini telah menarik ramai muslimin dan muslimat dari SU3 dan Saujana Utama amnya.




Persiapan Terakhir Menjelang Forum Perdana - 28/02/2010

Sebahagian Kariah Surau SU3 bertungkus-lumus menyiapkan lapangan Forum. Ucapan terima kasih daripada Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin