Sunday, March 7, 2010

PEMBELIAN KHEMAH

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin memaklumkan bahawa pihak surau telah membeli sebuah khemah terpakai dengan harga RM650.

Dana pembelian khemah adalah hasil sumbangan orang ramai selepas solat jumaat 26 Feb 2010 bersamaan 12 Rabiul Awal 1431H (Maulidur Rasul) di Masjid Saujana Utama. Tujuan pembelian khemah ini adalah untuk kegunaan aktiviti surau.

Susulan itu, pihak surau masih memohon sumbangan orang ramai bagi melengkapkan keperluan khemah ini seperti kerusi, meja, kipas dan lampu. Sumbangan tuan-puan bolehlah disalurkan terus ke tabung surau yang telah disediakan.

No comments:

Post a Comment