Monday, June 28, 2010

Mesyuarat Agung Ke-2, Surau Al-Muhajirin





Mesyuarat Agong kali ke-2, Surau Al-Muhajirin, Saujana Utama 3 telah diadakan pada 27/06/2010 (Ahad) antara jam 10.00pagi hingga 12.00tengahari. Mesyuarat dimulakan oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Ahmad Shukri (Aji) dan seterusnya perbentangan Minit Mesyuarat oleh Setiausaha Surau, Sdr. Abdul Rahmat Slamat dan Laporan Lajnah-lajnah oleh Ketua Lajnah masing-masing. Laporan Kewangan Tahunan pula dibentangkan oleh Sdr. Rizalman selaku Bendahari.

Majlis disusuli dengan ucapan Pengerusi Surau, Ust Mohd Ayob dan seterusnya mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa Surau sesi 2009/2010.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 2010/2011 kali ini mencipta sejarah dengan semua calon-calon yang bertanding, Menang Tanpa Bertanding. Berikut adalah keputusan Jawatankuasa baru yang dilantik.

1. Pengerusi = Ust Mohd Ayob Wari (6,S5)

2. Setiausaha = Sdr. Sobri (41,S4)

3. Bendahari = Sdr. Rizalman (68,S3)

4. AJK =
i) Sdr. Abdul Rahman Slamat (45, S3)
ii) Sdr. Badrul Idza (16, S3)
iii) Sdr. Norfian Zainal (41, T3/1)
iv) Sdr. Abdul Rahman Ishak (86, S4)

5. Pemeriksa Kira-kira =
i) Sdr. Mohd Sofi (39, S4)
ii) Sdr. Ahmad Ridzuan (23, PS6)

Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa beberapa jawatan yang tidak dipertandingkan di dalam mesyuarat kali ini seperti Ketua Pemuda Lelaki, Ketua Pemuda Wanita, Pengurus Jenazah Wanita, Imam 1, Imam 2, Bilal 1, Bilal 2, Siak 1 dan Siak 2, akan dipilih oleh Jawatankuasa baru yang telah dilantik.

Mesyuarat ditunda jam 12.00 tengahari dan disudahi dengan Surah Al-Asr

Saturday, June 5, 2010

AGM Ke-2, SURAU AL-MUHAJIRIN

Adalah dimaklumkan, AGM kali Ke-2, Surau Al-Muhajirin akan diadakan seperti berikut :

Tarikh : 27hb JUN 2010 (AHAD)
Masa : 9.00 pagi - 12.00 tengahari
Tempat : SURAU AL-MUHAJIRIN, SU3

Kehadiran Semua Ahli Kariah adalah amat diperlukan. JAMUAN DISEDIAKAN

Antara agenda :

1. Pembentangan Minit Mesyuarat Lepas
2. Pembentangan Laporan Aktiviti/Program Surau
3. Laporan Kewangan
4. Pembubaran AJK 2009/2010
5. Perlantikan AJK baru

CERAMAH UMUM 20 JUN 2010

Surau Al-Muhajirin kali ini akan menganjurkan satu ceramah umum.

Penceramah Jemputan : UST UDA KASIM
Tajuk Ceramah : HIDUP SESUDAH MATI

Tarikh : 20hb Jun 2010 (AHAD)
Masa : SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Lokasi : Surau Al-Muhajirin

MUSLIMIN MUSLIMAT DIJEMPUT HADIR
JAMUAN DISEDIAKAN

LAWATAN TAPAK SURAU KEKAL


PEMBELIAN 'VACUM CLEANER'


Sehubungan dengan keputusan mensyuarat AJK Surau pada 16hb Mei 2010, pihak surau telah membeli sebuah 'Vacum Cleaner' berjenama LG, 2000W dengan harga RM550.00 bagi menampung keperluan penyelenggaraan surau.