Monday, June 28, 2010

Mesyuarat Agung Ke-2, Surau Al-Muhajirin





Mesyuarat Agong kali ke-2, Surau Al-Muhajirin, Saujana Utama 3 telah diadakan pada 27/06/2010 (Ahad) antara jam 10.00pagi hingga 12.00tengahari. Mesyuarat dimulakan oleh Pengerusi Majlis, Sdr. Ahmad Shukri (Aji) dan seterusnya perbentangan Minit Mesyuarat oleh Setiausaha Surau, Sdr. Abdul Rahmat Slamat dan Laporan Lajnah-lajnah oleh Ketua Lajnah masing-masing. Laporan Kewangan Tahunan pula dibentangkan oleh Sdr. Rizalman selaku Bendahari.

Majlis disusuli dengan ucapan Pengerusi Surau, Ust Mohd Ayob dan seterusnya mengumumkan pembubaran Ahli Jawatankuasa Surau sesi 2009/2010.

Pemilihan Ahli Jawatankuasa Surau Sesi 2010/2011 kali ini mencipta sejarah dengan semua calon-calon yang bertanding, Menang Tanpa Bertanding. Berikut adalah keputusan Jawatankuasa baru yang dilantik.

1. Pengerusi = Ust Mohd Ayob Wari (6,S5)

2. Setiausaha = Sdr. Sobri (41,S4)

3. Bendahari = Sdr. Rizalman (68,S3)

4. AJK =
i) Sdr. Abdul Rahman Slamat (45, S3)
ii) Sdr. Badrul Idza (16, S3)
iii) Sdr. Norfian Zainal (41, T3/1)
iv) Sdr. Abdul Rahman Ishak (86, S4)

5. Pemeriksa Kira-kira =
i) Sdr. Mohd Sofi (39, S4)
ii) Sdr. Ahmad Ridzuan (23, PS6)

Ahli Mesyuarat bersetuju bahawa beberapa jawatan yang tidak dipertandingkan di dalam mesyuarat kali ini seperti Ketua Pemuda Lelaki, Ketua Pemuda Wanita, Pengurus Jenazah Wanita, Imam 1, Imam 2, Bilal 1, Bilal 2, Siak 1 dan Siak 2, akan dipilih oleh Jawatankuasa baru yang telah dilantik.

Mesyuarat ditunda jam 12.00 tengahari dan disudahi dengan Surah Al-Asr

No comments:

Post a Comment