Sunday, November 14, 2010

Program Eidul Adha 1431H


Untuk makluman semua, Surau Al-Muhajirin akan mengadakan Solat Sunat Eidul Adha 1431H pada 17  November 2010 jam 8.15 pagi. Aktiviti penyembelihan lembu Korban/Aqiqah pula akan dimulakan sekitar jam 9.00 pagi. Kali ini, pihak surau telah mendapat senarai penuh peserta-peserta korban dan aqiqah dengan 6 ekor lembu akan dikorbankan. 

Pihak pengurusan akan memastikan bahawa kesemua lembu korban ini dapat disempurnakan pada hari yang sama. Oleh itu, setiap peserta dan warga Saujana Utama 3 diseru bersama-sama, bergotong-royong melaksanakan ibadah ini.

Penyediaan 'DATARAN KORBAN'





KAWASAN TAPAK 'DATARAN KORBAN' SEBELUM DIBERSIHKAN




KAWASAN TAPAK 'DATARAN KORBAN' SELEPAS DIBERSIHKAN

Ceramah Umum 13 Nov 2010



Ceramah Umum kali ini disampaikan oleh Ustaz Hisyamuddin bin Abdul Aziz selepas solat Maghrib. Tajuk pilihan ialah ANTARA PENGORBANAN DAN KASIH SAYANG

Pembinaan Stor Sementara

Stor sementara surau kini dalam proses pembinaan. Ia akan menempatkan 2 set khemah termasuk kerusi dan meja. Sumbangan ahli kariah masih terbuka bagi melengkapkan lain-lain keperluan.

Wednesday, November 3, 2010

Lawatan Pegawai JAIS ke Tapak Surau

Satu lawatan tapak projek pembangunan surau Saujana Utama 3 telah diadakan pada 3 November 2010, jam 10.30 pagi. Lokasi tapak projek yang dikunjungi ialah di lot P.T. 19293, seluas 0.28 ekar (1,131 meter persegi) di persimbangan Jalan Persiaran Saujana 6 dan Jalan Selasih 3.

Lawatan ini dihadiri oleh En. Nizam (Unit Pembangunan JAIS), En. Abdul Rahman Slamat (Pengurus Projek), En. Rosrizalman (Bendahari), En.Aji Shukri (AJK) dan En. Sofi (AJK). Pihak JAIS berpuashati dengan keadaan tapak dan akan mengemukakan laporan dan sokongan dengan seberapa segera.

Pihak JAIS juga dibawa melawat ke satu lagi kawasan tapak surau kedua di lot P.T.20453 dengan keluasan 0.30 Ekar (1,214 meter persegi) yang terletak di Jalan Persiaran Saujana 6, berhampiran dengan kawasan Jalan Bidara dan stesen minyak Shell. Buat masa ini, pihak Surau Al-Muhajirin masih belum membuat perancangan pembangunan untuk tanah berkenaan.

Lawatan susulan pula ialah meninjau kawasan tanah lapang bersebelahan Masjid Saujana Utama untuk pembangunan akan datang  Lawatan berakhir jam 11.30 pagi. Pihak Jawatankuasa Pembangunan Surau Al-Muhajirin mengucapkan ribuan terima kasih atas kehadiran pihak JAIS. 

SUMBANGAN TETAP


Ahli mesyuarat telah bersepakat dan bersetuju meneruskan sistem kutipan yuran bulanan Surau Al-Muhajirin agar setiap rumah (muslim sahaja) di Saujana Utama 3, menghulurkan yuran sebanyak RM10.00 SEBULAN bagi tujuan pengurusan dan pembangunan surau.

Pihak Jawatankuasa Surau juga sedang berusaha mendapatkan dana awalan bagi Pra-Pembinaan Surau yang kekal.

Justeru itu, Ahli Jawatankuasa surau amat memerlukan sumbangan tetap tuan/puan bagi menampung perbelanjaan berkenaan. Kutipan Yuran bulanan sesi 2010/2011 akan bermula 01 November 2010.

Sila serahkan yuran bulanan tuan/puan kepada Ejen Kutipan Surau yang dilantik iaitu Saudara Azman Hashim (No 7, Jalan Selasih 3).