Wednesday, April 27, 2011

Laporan Tabung Pembinaan Surau

Tarikh Semasa : 27 April 2011
PENDAPATAN
=
RM 10,020.01
PERBELANJAAN
=
RM    2,600.00
BAKI SEMASA
=
RM    7,420.01



# Sasaran
=
RM 800,000.00

Wednesday, April 20, 2011

Laporan Kewangan Tabung Pembinaan

Tarikh Semasa : 20 April 2011

Pendapatan     : RM 6,000.00
Perbelanjaan   : RM 2,600.00
Baki                 : RM 3,400.00

Wednesday, April 13, 2011

Tuesday, April 12, 2011

Lukisan Cadangan Pembinaan




 



PEMBINAAN KOMPLEKS SURAU SAUJANA UTAMA 3

MEMOHON SUMBANGAN IKHLAS/ DERMA/ ZAKAT

SALURKAN TERUS KE :-

BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD
“PEMBINAAN SURAU SAUJANA UTAMA 3”
121 680 1000 5379
MAYBANK BERHAD
“SURAU AL-MUHAJIRIN”
5627 4010 9815


Monday, April 11, 2011

RM50.00 x 4 bulan = Pahala Dunia & Akhirat

FIKIR-FIKIRLAH. MARI BERAMAL.
UNTUK GENERASI KITA DAN ANAK-ANAK KITA
 



SAHAM AKHIRAT

PELANCARAN
.
SAHAM AKHIRAT

PEMBINAAN KOMPLEKS
SURAU SAUJANA UTAMA 3

WAKAF RM200.00 SEKAKI PERSEGI

TEMUI AMIL-AMIL YANG DILANTIK

Tuesday, February 15, 2011

FORUM MAULIDUR RASUL S.A.W. 1432H

Surau Al-Muhajirin dan Persatuan Penduduk Saujana Utama 3, menjemput Muslimin dan Muslimat ke Majlis Forum Perdana Maulidur Rasul S.A.W seperti berikut :-
  • Tarikh : 19hb FEBRUARI 2011 (Sabtu)
  • Masa : 9.00 Malam
  • Tempat : Di perkarangan Surau Al-Muhajirin, Jalan Selasih 4
  • Tajuk Forum : PERUBAHAN DAN PERJUANGAN
Panel Jemputan :
Ahli Panel (1) : Ustaz Abdul Ghani Bin Abd Rahman
Ahli Panel (2) : Ustaz  Uda Bin Kassim
Moderator : Ustaz Hanafi Bin Hasan

Wednesday, February 9, 2011

Lawatan Pegawai MAIS ke Tapak Surau

Satu lawatan tapak Surau Al-Muhajirin SU3 oleh Pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan pada 7hb Februari 2011 (Isnin), bagi meninjau lokasi tapak dan membincangkan beberapa perancangan pembangunan. 

Lawatan ini telah diketuai oleh En. Ikmal Ibrahim (MAIS) bersama wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau, En. Abdul Rahman Slamat dan En. Rosrizalman.

Antara hasil pertemuan dan perbincangan ini ialah mewujudkan Saham Wakaf Surau, saluran peruntukan kewangan dan beberapa prosidur hak milik tanah serta pembinaan surau.

Insyaallah, dengan kerjasama baik di antara pihak MAIS dan Jawatankuasa Pembinaan Surau, segala perancangan projek pembinaan surau kekal ini akan berjaya.  





Tuesday, February 1, 2011

WAKAF DI DALAM ISLAM

Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu. Di satu ketika yang lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.

Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.


DALIL HADIS

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Hadis riwayat Jamaah:

Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?"

Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan harta itu supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya."

Lalu Umar menyedekahkan tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya terus menerus digunakan oleh kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, para musafir, orang-orang lemah, dan ibnu sabil.

Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Kerja-kerja Ukur Aras, Butiran dan Penandaan Sempadan

Jawatankuasa Pembinaan Surau telah melantik seorang juruukur tanah untuk menjalankan kerja-kerja Ukur Aras, Butiran dan Penandaan Sempadan bagi Tapak Surau Al-Muhajirin SU3. Kerja ini telah dilaksanakan pada 31 Januari 2011. Berikut antara foto kerja-kerja di tapak.








Thursday, January 27, 2011

Papan Tanda Projek

Alhamdulillah, pihak jawatankuasa Surau Al-Muhajirin mengucapkan ribuan terima kasih kepada saudara Nordin, Norfian, Badrul dan beberapa rakan-rakan lain dalam membantu "admin" menyediakan dan mendirikan papan tanda projek Pembinaan Surau Su3 pada 23hb Januari 2011 yang lalu

Pihak kami berdoa agar usaha awal ini dapat memberi kekuatan dan kesungguhan kepada ahli-ahli kariah surau bersama-sama menyegerakan projek pembinaan ini. 

Susulan itu, sumbangan ikhlas berupa wang ringgit daripada pihak tuan dan puan amat diperlukan dari masa ke semasa.






 

Wednesday, January 19, 2011

Tabung Pembinaan Surau

Walaupun pihak pengurusan Pembinaan Surau SU3 masih belum mengumumkan dan melancarkan Tabung Khas Pembinaan, pihak pengurusan telah mendapat sumbangan ikhlas dari seorang hamba Allah sebanyak RM3,000.00. Terima kasih atas sumbangan ini.

Susulan itu, pihak pengurusan berbesar hati, sekiranya ada di kalangan penderma, dapat memberikan sumbangan/wakaf bagi merialisasikan pembinaan surau ini.

Insya Allah, pihak bendahari akan mengumumkan pembukaan Akaun Bank Khas untuk pembinaan ini dalam sedikit masa lagi.

Pihak pengurusan juga akan melancarkan TABUNG WAKAF PEMBINAAN SURAU pada akhir Februari 2011.

Jawatankuasa Pembinaan Surau SU3


Ahli Jawatankuasa Surau telah membentuk Jawatankuasa Pembinaan Surau Kekal di Saujana Utama 3. Jawatankuasa ini akan memastikan perancangan dan perlaksanaan projek pembinaan ini berjalan dengan lancar. Berikut merupakan senarai Jawatankuasa Utama Pembinaan :

Pengerusi :
USTAZ MOHD AYOB BIN WARI

Setiausaha :
TUAN SABRI BIN TUAN MAT

Bendahari :
MOHD ROSRIZALMAN BIN MD SOM

Pengurus Projek :
ABDUL RAHMAN BIN SLAMAT

Perancangan Forum Perdana Maulidur Rasul


Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin dengan kerjasama pihak Persatuan Penduduk Saujana Utama 3 kini sedang giat merancang dan mengatur program bagi melaksanakan Forum Perdana Maulidur Rasul pada 19 Februari 2011. Program ini diharapkan dapat menarik lebih ramai ahli kariah di SAUJANA UTAMA untuk sama-sama mengingati dan meraikan kebesaran nabi Muhammad S.A.W. Insya Allah, Pihak Pengurusan dari masa ke semasa akan mengemaskini maklumat ini.

Wednesday, January 5, 2011

Program Kuliah Maghrib Januari 2011

Ahli Jawatankuasa Surau Al-Muhajirin mengucapkan Selamat Tahun Baru Masihi 2011 kepada muslimin dan muslimat sekalian. Program Kuliah Maghrib bagi Januari 2011 telah disusun. Antaranya :-

TARIKH : 7 JANUARI 2011
KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ AMALUDDIN
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

TARIKH : 8 JANUARI 2011
KULIAH MAGHRIB OLEH USTAZ HISYAMUDDIN
SELEPAS SOLAT MAGHRIB

Semoga, ahli kariah dapat sama-sama meluangkan masa bagi menghadiri majlis ilmu ini.