Tuesday, February 15, 2011

FORUM MAULIDUR RASUL S.A.W. 1432H

Surau Al-Muhajirin dan Persatuan Penduduk Saujana Utama 3, menjemput Muslimin dan Muslimat ke Majlis Forum Perdana Maulidur Rasul S.A.W seperti berikut :-
  • Tarikh : 19hb FEBRUARI 2011 (Sabtu)
  • Masa : 9.00 Malam
  • Tempat : Di perkarangan Surau Al-Muhajirin, Jalan Selasih 4
  • Tajuk Forum : PERUBAHAN DAN PERJUANGAN
Panel Jemputan :
Ahli Panel (1) : Ustaz Abdul Ghani Bin Abd Rahman
Ahli Panel (2) : Ustaz  Uda Bin Kassim
Moderator : Ustaz Hanafi Bin Hasan

Wednesday, February 9, 2011

Lawatan Pegawai MAIS ke Tapak Surau

Satu lawatan tapak Surau Al-Muhajirin SU3 oleh Pegawai Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) telah diadakan pada 7hb Februari 2011 (Isnin), bagi meninjau lokasi tapak dan membincangkan beberapa perancangan pembangunan. 

Lawatan ini telah diketuai oleh En. Ikmal Ibrahim (MAIS) bersama wakil Jawatankuasa Pembinaan Surau, En. Abdul Rahman Slamat dan En. Rosrizalman.

Antara hasil pertemuan dan perbincangan ini ialah mewujudkan Saham Wakaf Surau, saluran peruntukan kewangan dan beberapa prosidur hak milik tanah serta pembinaan surau.

Insyaallah, dengan kerjasama baik di antara pihak MAIS dan Jawatankuasa Pembinaan Surau, segala perancangan projek pembinaan surau kekal ini akan berjaya.  





Tuesday, February 1, 2011

WAKAF DI DALAM ISLAM

Wakaf adalah salah satu amal jariah yang sangat dituntut oleh agama Islam. Ia merupakan amal soleh yang pahalanya tidak akan putus-putus diberikan Allah kepada pewakaf selama harta yang diwakafkan itu masih kekal dimanfaatkan.

Contoh amalan pada zaman Rasulullah S.A.W adalah apabila Sayidina Umar mewakafkan sebuah ladang yang dihadiahkan kepadanya supaya hasil tanaman dari ladang tersebut dapat dimilikki oleh masyarakat setempat ketika itu. Di satu ketika yang lain pula, Sayidina Uthman b. Affan telah membeli sebuah telaga yang dikenali sebagai telaga Roman yang kemudiannya dijadikan sumber air oleh orang ramai pada ketika itu.

Sejak itu, amalan wakaf terus berkembang, apabila umat Islam mula mewakafkan tanah mereka untuk dijadikan masjid. Oleh kerana masjid adalah sumber ilmu, maka wakaf dikembangkan pula ke pembinaan pusat pengajian, kediaman, kesihatan dan berbagai infrastruktur lain sehinggalah pada hari ini.


DALIL HADIS

Hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah:

Maksudnya : Apabila mati seseorang itu maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara : sedekah jariah, ilmu yang termanfaat dan anak yang soleh mendoakan untuknya.

Hadis riwayat Jamaah:

Diberitakan dari Ibnu Umar bahawa Umar mendapat bahagian sebidang tanah di Khaibar. Beliau berkata, "wahai Rasullullah. Saya mendapat sebidang tanah di Khaibar sedangkan saya belum pernah mendapat yang lebih berharga daripada itu. Apa yang sebaiknya saya lakukan?"

Rasullullah S.A.W menjawab, "Bila kamu mahu, kamu sedekahkanlah ia dengan menahan harta itu supaya ia tidak boleh dijual, dibeli atau ditukar hak miliknya."

Lalu Umar menyedekahkan tanah itu kerana Allah. Tanah dan segala hasil daripadanya terus menerus digunakan oleh kaum miskin, karib kerahat, para hamba sahaya, para musafir, orang-orang lemah, dan ibnu sabil.

Amalan Wakaf merangkumi segala aspek kehidupan termasuk pembinaan jalan dan jambatan, menyediakan sumber bekalan air bagi penduduk setempat, pemberian wang tunai bagi kerja-kerja penyelenggaraan harta wakaf, alat bertani, buku-buku, ilmu dan sebagainya yang dapat memberikan manfaat kepada masyarakat setempat.

Kerja-kerja Ukur Aras, Butiran dan Penandaan Sempadan

Jawatankuasa Pembinaan Surau telah melantik seorang juruukur tanah untuk menjalankan kerja-kerja Ukur Aras, Butiran dan Penandaan Sempadan bagi Tapak Surau Al-Muhajirin SU3. Kerja ini telah dilaksanakan pada 31 Januari 2011. Berikut antara foto kerja-kerja di tapak.