Wednesday, December 5, 2012

Jamuan Durian Sambil Menderma

Pihak AJK surau akan menganjurkan majlis makan durian sambil menderma seperti pada 9/12/12 1000am hingga 1300pm bertempat di Perkarangan Surau SU3. Bayaran sebanyak RM 3/seorang dikenakan. Sumbangan sukarela amat dialu-alukan. Sila sebarkan makluman ini kepada jiran2. Wassalam

Friday, November 9, 2012

Kuliah Surau Muhajirin Bagi Bulan November

Kuliah Bulanan Bagi November. 15/11(Khamis Malam) satu kuliah umum sempena Hijrah akan diadakan bertajuk "Hijrah Bukan Sekadar Lintasan Sejarah". 18/11(Ahad Malam) Kuliah Bulanan Ustaz Hisyamuddin. 25/11(Ahad Malam) Kuliah Bulanan Ustaz Ayob. Harap dapat hadir beramai-ramai bagi kebaikan bersama.

Tuesday, September 11, 2012

KELAS KAFA DEWASA

Assalamualaikum semua warga SU3. Kelas KAFA dewasa yang telah diwar-warkan sebelum ini akan dimulakan apabila telah mendapat tenaga pengajar yang sesuai. Masih ada kekosongan tempat bagi peserta kelas KAFA ini dan sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi AJK Lajnah Dakwah dan Penerangan saudara Mohd Noor Yunus di no. tel. 019-2423979. Yuran RM30 sebulan akan dikutip 2 kali setahun. Dengan menghadiri kelas ini, adalah menjadi harapan kita bersama agar dapat memperbaiki ilmu dan amalan disamping membimbing keluarga kita ke arah jalan yang diredhai.Juga dengan bimbingan ustaz Azmi,kita ada ruang untuk mengemukakan persoalan/kemusykilan mengenai agama. Semoga niat baik kita dirahmati Allah hendaknya. Wassalam

Tuesday, July 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum,

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini,seluruh AJK surau ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi semua warga SU3.
Semoga kita dapat bersama-sama mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini dan semua amalan kita diterima Allah.
Disamping itu, makluman untuk aktiviti surau telah diedarkan merangkumi jadual moreh,borang tahlil arwah, tadarus Al-Quran utuk anak-anak dan Kelas pengajian Iqra' dan Fardhu Ain dewasa yang dirancang untuk dimulakan selepas hari raya kelak.
Pihak AJK juga sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan berbentuk idea,wang dan barang keperluan agar surau dapat menjadi tempat aktiviti kemasyarakatan SU3 disamping menjadi penjana jiwa muslim sebenar yang diredhai Allah.

Wassalam

Monday, April 23, 2012

AGM Surau (06.05.2012)

MESYUARAT AGONG TAHUNAN SURAU AL-MUHAJIRIN


Dengan segala hormatnya, semua ahli qariah Surau Al-Muhajirin, Saujana Utama 3 dijemput untuk menghadiri Mesyuarat Agong Tahunan Surau Al-Muhajirin

Tarikh : 06.05.2012
Hari : Ahad
Masa : 9.00 malam
Tempat : Surau Al-Muhajirin, Selasih 4

Tentatif :

8.00 malam - Pendaftaran dan Jamuan Makan
8.30 malam - Solat Isya' Berjamaah
9.00 malam - Mesyuarat Agong Tahunan Surau
10.00 malam - Bersurai

Friday, January 27, 2012

Laporan Semasa Prestasi Kewangan Tabung Pembinaan


Tarikh Semasa : 8 Disember 2011

PENDAPATAN
=
RM 77,631.48
PERBELANJAAN
=
RM    2,600.00
BAKI SEMASA
=
RM  75,031.48



# Sasaran Fasa 1
# Sasaran Fasa 2
=
=
RM 400,000.00
RM 300,000.00