Tuesday, July 17, 2012

Marhaban Ya Ramadhan

Assalamualaikum,

Sempena kedatangan bulan Ramadhan yang mulia ini,seluruh AJK surau ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa bagi semua warga SU3.
Semoga kita dapat bersama-sama mempertingkatkan amalan di bulan yang mulia ini dan semua amalan kita diterima Allah.
Disamping itu, makluman untuk aktiviti surau telah diedarkan merangkumi jadual moreh,borang tahlil arwah, tadarus Al-Quran utuk anak-anak dan Kelas pengajian Iqra' dan Fardhu Ain dewasa yang dirancang untuk dimulakan selepas hari raya kelak.
Pihak AJK juga sentiasa mengalu-alukan sebarang bentuk sumbangan berbentuk idea,wang dan barang keperluan agar surau dapat menjadi tempat aktiviti kemasyarakatan SU3 disamping menjadi penjana jiwa muslim sebenar yang diredhai Allah.

Wassalam

No comments:

Post a Comment